Sunday 16 September 2012

Bahaya Ancaman Dioksin !

  
BAHAYA ANCAMAN DIOKSIN !


Kertas Buangan Yang Terdedah Kepada Kuman Berbahaya Sebelum dan Selepas Pulpa Kayu Melalui Proses Pelunturan



Kertas buangan, agen peluntur yang
berkarsinogen, agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang berada di pasaran. Kertas buangan seperti kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak, pulpa kayu yang terdedah bakteria dan kuman berbahaya akan menjalani proses penyingkiran dan pelunturan berklorin untuk menjadikan ia lembut,putih dan bebas penyakit. Tetapi proses ini juga menyebabkan terhasilnya Dioksin yang menyerap dan kekal dalam bahan mentah yang telah diproses. Setelah segala proses selesai maka terhasillah produk tuala wanita, pantiliner dan tampon dengan pelbagai jenama yang mengandungi Dioksin.




 TAHUKAH ANDA APAKAH DIOKSIN?? 



Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser). Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, keguguran dan pelbagai masalah puan yang lain. 


Setiap wanita menggunakan Lebih kurang 15,000 tuala wanita di sepanjang hayatnya! Maka, risiko terdedah kepada Dioksin bersamaan 15,000 kali !


AWAS!!! Dioksin Toksin Yang Sembunyi Dalam Tuala Wanita



Tanpa kita sedari telah lama kita terdedah kepada bahaya ini semenjak kali pertama datang bulan lagi dan juga mungkin seawal kita masih bayi lagi. Anda mungkin pernah terbaca keratan akhbar di bawah ini, sama ada tajuknya sahaja atau isinya sekali dan mungkin juga ini kali pertama anda membacanya.




Add caption







Adakah anda mengambil iktibar atau menganggap ini perkara remeh sahaja? Kebanyakan kita tidak mengambil kisah perkara seperti ini. Jika anda seorang yang mempunya fikiran yang waras anda pasti akan merasakan bahawa selama ini anda telah tertipu dengan jenama-jenama tuala wanita pakai buang yang berada di pasaran ketika ini. Promosi besaran-besaran dengan bermacam-macam iklan telah membuatkan kita terpedaya. 

Adakah anda ingin terus ditipu dan terus terdedah kepada bahaya ancaman Dioksin ini atau mengambil langkah bijak untuk mengelakan dari ancaman Dioksin ini sekaligus mencegah Kanser Payu Dara, Kaser Servik dan juga bermacam-macam lagi sakit puan? Renung-renungkan lah.


Di antara Bahaya Ancaman Dioksin






No comments:

Post a Comment