Monday 12 November 2012

Usahawan Perniagaan Berasaskan Tuala Wanita Berjaya Memajukan Perniagaannya





Kata siapa lelaki tidak boleh melakukan perniagaan tuala wanita dengan jayanya?
pastinya orang yang berfikir sebegitu ialah orang yang tidak maju fikirannya. Azman Bidin merupakan usahawan Avail Beauty yang ternama yang telah berjaya melonjakkan diri dalam perniagaan tuala wanita herba.
Rasanya ini cukup membuktikan bahawa kaum lelaki juga boleh lebih berjaya dan maju kehadapan dalam bidang perniagaan berasaskan tuala wanita ini. Selain daripada maju kehadapan daripada kaum wanita dalam bidang ini, beliau juga mempunyai pengalaman yang matang dan berkebolehan yang tinggi untuk bercakap tentang masalah wanita. Mungkin ada antara dikalangan kaum wanita terkejut mereka tidak mempunyai ilmu kewanitaan yang tinggi berbanding usahawan ini.
Segalanya pasti boleh jika kita berusaha dengan lebih untuk berjaya. "Yang pelik itu peluang", demikian itulah kata kata usahawan tersohor ini yang dapat membuktikan bahawa perniagaan tuala wanita yang diusahakan oleh kaum lelaki dikatakan pelik itu telah berubah menjadi kepada sebuah peluang yang lebih besar untuk berjaya.
Pasti ada antara wanita berkata "ahh.. malunya nak buat perniagaan ini.. ishh.. segan lah".. Sedar atau tidak anda telah menolak peluang yang diberi untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan perasaan malu anda yang tidak kena tempat itu. Jika kaum lelaki boleh menjadi usahawan terkenal dalam perniagaan berasaskan tuala wanita ini, kita kaum wanita LEBIH PASTI BOLEH.
Apa tunggu lagi? usaha untuk mendapatkan modal yang hanya sedikit untuk memulakan perniagaan. Jangan hanya bergantung pada keluarga sahaja. Mulakan sendiri perniagaan anda.
Permulaan perniagaan yang pada awalnya sedikit kemudian apabila maju pasti akan menjadi lebih besar dan berkembang. Saya sudah memulakannya. Anda bila lagi? Mahu tunggu rezeki datang bergolek golek?
Bangkit memajukan diri dan juga perniagaan yang bakal anda ceburi ini !

No comments:

Post a Comment